Hala Tuju Selepas SPM 2018



Seperti biasa selepas SPM, para pelajar akan memikirkan ke mana hala tuju pendidikan dan di mana harus sambung belajar di peringkat lebih tinggi. Di peringkat pengajian tinggi, ada sekurangnya empat tempat yang boleh dipilih dan disertai oleh pelajar selepas SPM berdasarkan keputusan SPM yang diperolehi nanti.

Antara 4 tempat tersebut adalah IPTA, IPGM, Kolej Matrikulasi dan Institut Latihan dan Kemahiran Awam. IPTA merujuk kepada Universiti Awam atau politeknik, IPGM merujuk kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia atau pusat Latihan guru, kolej matrikulasi dan ILKA, Institut latihan Kemahiran Awam seperti giat mara dan IKBN.

Pelajar juga akan memilih laluan tersendiri sama ada untuk membuat sijil kemahiran, memasuki tingkatan 6, menyertai program persediaan ijazah (asasi/matrikulasi) ataupun menyambung di peringkat diploma.




Untuk menyertai program diploma, perlu diingatkan bahawa diploma bukannya satu satunya laluan untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Tujuan asal diploma adalah untuk melahirkan tenaga kerja separa-profesional, memberi pilihan kepada lepasan SPM yang tidak cemerlang untuk ke program pra-universiti untuk dilatih sebelum menyertai dunia pekerjaan (daripada terus bekerja) dengan kelayakkan SPM sahaja dan untuk berpeluang memohon ke program ijazah sarjana muda (bukan secara otomatik boleh terus ke ijazah)

Bagi memasuki IPTA pula, dasar pengambilan pelajar bergantung kepada aliran yang dipilih oleh murid. Jika aliran sains, mementingkan pencapaian dalam matematik, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi manakala bagi aliran sastera mementingkan pencapaian dalam Bahasa melayu, matematik, sains, sejarah, pendidikan syariah atau quran Sunnah. Markah dari kokurikulum adalah sebanyak 10 peratus.

Bagi matrikulasi pula, pemohon tidak boleh melebih 20 tahun pada tahun semasa. Permohonan ke matrikulasi juga bergantung kepada jurusan iaitu jurusan sains, perakaunan dan aliran teknikal


Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama rakan guru dan murid murid

Credit : https://sumberpendidikan.com/2017/07/09/hala-tuju-pendidikan-selepas-spm/

Comments

Popular Posts