KEMPEN KESEDARAN ANTI-BULI




AHAD - 18 Mac 2018.

Sebuah program yang dipercayai mampu memberi impak besar. Pihak Aqademi dijemput bersama dengan Project-Spect Actor, Unicef Malaysia dan Universiti Malaya dalam menjayakan sebuah kempen kesedaran buli di sebuah perkampungan orang asli di Kampung Pawong, Perak. Antara objektif program ini adalah untuk memberi pengetahuan yang lebih luas kepada para pelajar, khususnya golongan remaja di perkampungan orang asli, menangani masalah buli di sekolah mahupun di luar sekolah. 

Mengikut kajian-kajian yang terdahulu, isu buli yang melibatkan pelajar daripada golongan orang asli sangat membimbangkan. Ada di kalangan mereka ditindas di sekolah dan tidak mempunyai keberanian untuk bersuara dan menyelesaikan belenggu masalah sosial ini. Segelintir lagi memilih untuk membiarkan sahaja diri terus dibuli. 

Masalah ini sangat menyedihkan. Apabila ditemubual oleh pihak Aqademi, rata-rata remaja daripada golongan asli ini sebenarnya merasa tidak selesa apabila mereka kadang-kadang dipinggirkan di sekolah dan dijauhi oleh pelajar-pelajar bangsa lain. Selain itu, atas sebab tiada dorongan yang kuat, segelintirnya lagi memilih untuk menamatkan zaman persekolahan kerana masalah keluarga, kewangan dan hilang minat untuk belajar. 

Comments

Popular Posts