AQADEMI: Cegah Obesiti



Menjelang tahun 2020 dianggarkan, 60 juta kanak-kanak akan mengalami masalah obesiti. Lebih merunsingkan, perkara ini disokong dengan kajian yang telah dibuat melalui tinjauan Kesihatan dan Morbaliti Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015, iaitu kira-kira 5.6 juta orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas akan mengalami masalah obesiti. 

Hari ini, pelbagai sumber informasi menjelaskan tentang bagaimana masalah kesihatan ini boleh berlaku. Click sahaja di mana-mana laman web dan media sosial, mudah untuk kita mengetahui bagaimana masalah ini wujud dalam diri dan masyarakat. Lebih parah, faktor tunjang kepada permasalahan ini adalah kurangnya kesedaran dan ilmu berkaitan kesihatan dan pengambilan makanan seimbang dalam rutin harian. Maklumat dimana-mana, tapi kesungguhan dan usaha untuk mempelajarinya itu yang tiada. Pengambilan makanan ringan, dan tidak sihat antara punca peningkatan berat badan dan komposisi lemak dalam badan sehingga menyebabkan berlakunya kerosakan sistem badan di organ-organ penting. Sekali gus hal ini akan mempengaruhi kecekapan otak dalam melaksanakan fungsi seharian. 


Apabila organ-organ penting dalam badan terjejas oleh rutin pemakanan yang tidak sihat ini, gaya hidup juga akan berubah. Banyak perkara tidak dapat dilaksanakan kerana timbul rasa malas, lesu, tidak bermaya dan lambat memahami maklumat yang diperolehi. Hal ini jelas membuktikan bagaimana sesuatu yang kita makan, mampu mempengaruhi masa depan dan kemampuan kita dalam memperkaya potensi diri. Fikirkan. 

                                      

Comments

Popular Posts