PROGRAM MOTIVASI PELAJAR - FLY @ ASASI SAINS PERTANIAN UPM





Program ini dijalankan bagi membantu pelajar yang mempunyai kesulitan dalam menentukan matlamat, mengendali rutin harian dan waktu belajar. Seramai 100 orang pelajar mengikuti program ini dan telah mendapat bimbingan intensif daripada pihak Aqademi.

Pelbagai isu pelajar dapat dikupas melalui sesi program ini. Punca dan masalah yang dihadapi pelajar dikenalpasti. Penceramah menetapkan beberapa garis panduan untuk para pelajar supaya mempunyai keyakinan dengan matlamat diri dan mengawal tabiat buruk dalam merealisasikan impian.

Program ini juga dihadiri barisan pensyarah yang komited memastikan kecemerlangan pelajar. Selepas sesi motivasi bersama Aqademi, para pelajar mengikuti sesi mentor bersama barisan pensyarah untuk merancang strategi pemahaman bagi setiap matapelajaran.

Comments

Popular Posts