SPACE - PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR

Program ini diilhamkan oleh Khairul Amin, yang merupakan penceramah / pengendali utama sesi program kepimpinan ini. Program ini telah mula diperkenalkan sejak Mac 2017 yang mana telah berjaya menghimpunkan 200 orang pelajar sekolah di Dewan MPOB Bangi.

Penganjuran program ini dikendali penuh oleh pihak pengurusan Aqademi. Program ini melibatkan lebih 20 orang fasilitator bagi membantu kelancaran perjalanan aktiviti program. Selain dianjurkan secara in-house, SPACE juga dianjurkan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia mengikut jemputan dan tempahan yang dibuat oleh guru dan pihak sekolah. Berpuluh buah sekolah dan ribuan pelajar telah mengikuti program ini dan mereka rata-ratanya memberi feedbacks yang sangat positif.


Comments

Popular Posts