7 Kesan Aneh Membaca Buku



Tahukah anda ramai yang masih kurang minat membaca dalam diri mereka. Mereka menganggap yang membaca itu satu benda yang membosankan. Pertama kali semasa wahyupertama diturunkan kepada baginda rasulullah pun menyuruh baginda untuk iqra’(membaca).Jadi kita boleh nampak betapa pentingnya membaca dalam islam.

1. Menambahkan Ilmu

                Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan anda.

2. Senaman

                Membaca adalah satu senaman minda. Anda akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda mempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda. Dengan membaca anda akan melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.

3. Fokus

                Memberi tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan apabila anda dapat fokus adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi ataupunmasalah. Anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.Dan sudah semestinya anda akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan tenang.

4. Meningkatkan Memori

                Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori.

5. Meningkatkan Disiplin

                Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mestilakukan pada masa-masa tertentu.


6. Meningkatkan Kreativiti

                Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimanaia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untukmelakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.

7. Mengurangkan Stress

                Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stress dan tekanan dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari keluar tekanan dan stress.


Akhir sekali dapat la diketahui yang membaca mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri.Apa yang saya terangkan dalam artikel ini adalah hanya sebahagian sahaja dari banyaknya kelebihan-kelebihan membaca itu. Jadi anda patut menjadikan aktiviti membaca ini sebahagiandari kehidupan seharian anda. Semoga anda mendapat banyak faedah dan manfaat darinya. Bacalah Buku, Kerana Membaca Jambatan Ilmu

Sumber :


Comments

Popular Posts