Aqademi : Menuntut Ilmu dengan seorang Guru
Alam siber yang serba canggih ini memudahkan kita untuk
mencari maklumat dalam sesuatu bidang.
Sebut sahaja kata kuncinya, taip di carian, klik dan
tersenarai bermacam jawapan serta maklumat yang kita perlukan. Tapi, wajarkah kita menjadikan carian ini sumber utama kita
dalam kita menuntut ilmu?
Displin mempelajari ilmu itu memerlukan si penuntut ilmu
mengetahui asas dan panduan dalam bidang yang dipelajarinya.
Seseorang yang meneroka maklumat di internet tentang bidang
kedoktoran atau kejuruteraan tidak mungkin diiktiraf sebagai doktor dan
jurutera.
Dengan melayari internet, meng’google‘, mengklik di
Wikipedia atau menekuni YouTube tidak menjadikan kita pakar dalam bidang
tersebut.
Bagi mereka yang memang telah berada ,
melayari internet merupakan kelebihan dalam menambah ilmu pengetahuan.
Internet bukan sumber asas dan utama untuk menguasai ilmu
serta kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.
Begitulah juga halnya dalam bidang ilmu agama.
Kita tidak mungkin menjadi pakar dalam ilmu agama sekiranya
berguru dengan rujukan internet dan melalui bacaan buku semata.
Bayangkan kesannya seseorang itu membahaskan ilmu tafsir,
hadis, usul fikah dan cuba membahaskan masalah hukum-hakam atau mensyarahkan
nas-nas dalam al-Quran hanya kerana pernah menjumpai perbahasannya di Internet.
Ilmu yang benar tidak boleh dikuasai melalui jalan pintas.
Dengan adanya guru atau tempat rujuk dari kalangan mereka yang mengetahui, ia
dapat memastikan ilmu itu benar atau tidak.
Dengan berguru juga tradisi ilmu itu berterusan seperti satu
rantai yang bersambung-sambung melalui ulama-ulama lampau yang soleh hinggalah
rantaian ilmu itu sampai kepada Rasulullah SAW, di situlah terletaknya
keberkatan.
Sebaiknya, bertalaqqilah dengan guru yang sebenarnya arif
dalam bidang yang kita mahu pelajari.
Akhir kalam, jangan berhenti mempelajari ilmu dan carilah
mengikut kaedah dan jalan yang betul.
“Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah
akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Sesungguhnya para malaikat
menghamparkan sayap-sayapnya kepada penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang
dilakukannya.” (Hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tarmizi)
Sumber : http://iluvislam.my/bergurulah-dalam-menuntut-ilmu/
Comments
Post a Comment